TOPIC 3 - My own natural perspectives of philosophy ? what is your plan to become a teacher with strong philosophy? How do you think you can achieve becoming one?

 




Assalamualaikum, semua dalam keadaan sihat kee ? okayy tetap jaga kesihatan yaa 💓💓 So kita akan lanjutkan blog ini kepada topik 3 dalam topik ini saya akan menjelaskan mengenai perspektif semula jadi dalam Falsafah. Selain itu, Rancangan saya untuk menjadi seorang pendidik yang berfalsafah bukan hanya dengan title seorang pendidik tapi menanamkan falsafah dalam jiwa agar dapat mendidik anak bangsa yang berketerampilan dan berkualiti selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Terakhir adalah Cara saya untuk mencapai apa yang saya katakan di point kedua. Jadi jom kita mula.


Perspektif yang ada pada diri saya melalui pembelajaran Falsafah adalah idealisme yang terdiri daripada falsafah umum iaitu falsafah tradisional. Idealisme merupakan falsafah yang tertua sekali di dunia iaitu sejak Zaman India purba di Timur dan Zaman Plato di Barat. Idealisme menganggap bahawa asas kewujudan ialah dalam bentuk kerohanian dan bukan berbentuk fizikal atau dalam bentuk fikiran bukan dalam bentuk metarial. Seterusnya, ciri-ciri seorang idealisme yang saya rasakan ada dalam diri yang menjadikan saya sebagai seorang yang idealisme ialah suka bercerita, suka terbawa perasaan, pemikiran kreatif, mudah bergaul dan suka mengeluarkan idea-idea di luar kotak.


Perspektif kedua pula, Eksistensialisme iaitu muncul di Eropah selepas perang dunia ke-2. Kemudian. Menurut ahli eksistensialisme, kewujudan seseorang itu merupakan nilai asas bagi dirinya. Mereka mempercayai bahawa manusia itu sendiri bertanggungjawab terhadap sistem nilainya sendiri. Seorang eksistensialisme wujud dengan nilai asas dirinya dalam arti kata lain seseorang yang menjadi dirinya. Ia juga suka menonjolkan dirinya dan dapat menentukan pilihanya sendiri. Oleh itu, kedua-dua perspektif barat ini iaitu idealisme dan eksistensialisme ada dalam diri saya. Sebagai contoh, saya suka bercerita kepada orang lain apalagi seseorang yang saya kenali dan ramai orang mengenali saya sebagai orang yang ramah. Selain itu, saya suka menonjolkan diri seperti di dalam kelas walaupun secara online saya suka membuka camera walaupun rakan lain tidak melakukan hal yang sama.


Pada soalan kedua pula iaitu rancangan saya untuk menjadi guru yang berfalsafah ialah saya mesti seimbang mengikuti aspek JERI iaitu seimbag dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek sebelum saya memperkembang potensi individu dalam kalangan pelajar saya dengan ke arah membentuk pendidikan yang seimbang. Dengan perspektif yang saya miliki sebagai seorang idealisme sekaligus eksistensialisme dapat menjadi saya sebagai guru yang kreatif untuk menyediakan aktiviti-aktiviti bagi meningkatkan kemahiran pelajar dan menjadi pengajar yang berdasarkan pengalaman serta menjadi diri sendiri yang tulus untuk mendidik. Seterusnya, menjadi pendidik juga merupakan usaha yang berterusan yang menjadi tujuan dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selaras dengan itu, saya akan menjadi pendidik yang terus berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan dan pengalam untuk dikongsikan bersama pelajar.


Untuk mencapai matlamat saya akan menjadi seorang guru yang sentiasa berfikir secara rasional dalam memelihara atau mengasuh anak didik saya secara menyeluruh iaitu membentuk ke arah pendidikan yang seimbang dan melahirkan pelajar yang patuh akan Tuhan. Mengikut kata-kata dibawah jadi ayuh kita bertindak 💪💨.Wassalam.

"Kata-kata tanpa tindakan adalah pembunuh idealisme". -  Hebert Hoover













Comments

Popular Posts