TOPIK 1 - WHY DO I WANT TO BECOME A TEACHER/EDUCATOR ?

 



"Pendidikan bukanlah sesuatu yang diperoleh seseorang, tapi pendidikan adalah sebuah proses seumur hidup".    - Gloria Steinem

             

     Melalui kata-kata tersebut dapat diartikan mengapa saya hendak menjadi seorang guru. Guru adalah pekerjaan yang saya minati kerana saya dapat menambah ilmu pengetahuan dari semasa ke semasa kerana ia merupakan proses untuk memberikan tunjuk ajar kepada pelajar dan menjadi guru kena peka terhadap isu semasa yang terjadi di sekeliling oleh itu, guru tidak akan menjadi orang yang tidak tau apa-apa tentang isu semasa. Terdapat lagi satu kata-kata yang menurut saya ia akan menjadi tunjang kepada semua pendidik iaitu " ORANG HEBAT BISA MELAHIRKAN BEBERAPA KARYA BERMUTU TETAPI GURU YANG BERMUTU DAPAT MELAHIRKAN RIBUAN ORANG-ORANG HEBAT". 

    Jikalau mengikut cita-cita saya dari kecil tiada terdetik ingin menjadi seorang guru atau pendidik kerana ia rumit perlu mengurus pelajar macam saya dan rakan. Namun seiring berjalan nya waktu tanggapan saya berubah apabila masuk Ke Kolej Vokasional Tawau melihat pendeketan yang dilakukan oleh pensyarah saya bagi membuat kami faham tentang topik tersebut ia menjadi pembakar semangat untuk saya menjadi seperti beliau seorang pendidik. Namun ada desas-desus mengatakan Graduan KV tidak layak sambung belajar apalagi hendak menjadi seorang Guru terus punah Harapan saya namun setelah keluar dari KV saya kerja dan saya dapat mengetahui cara jadi seorang guru melalui UTHM saya pun mendaftar walaupun ia berbentuk Open Market tetapi saya mencuba untuk merealisasikan impian saya dengan pengajaran daripada Falsafah Pendidikan sebagai salah satu ilmu untuk menjadi seorang guru.

    Menjadi seorang guru yang dapat saya kaitkan dengan Falsafah Pendidikan yang dipelajari adalah secara am nya Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang bermaksud berfikir secara rasional dengan memelihara dan mengasuh secara menyeluruh ke arah pendidikan yang seimbang dan berpotensi untuk mengembangkan 4 potensi  daripada indivdu intelek, jasmani, rohani dan emosi. Saya ingin menjadi soerang guru atau pendidik ang berteraskan kepada Falsafah ini untuk menjadi pendidik yang bermutu dan dapat menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi oleh pelajar. 

    Seterusnya, melalui Falsafah Pendidikan islam pula ia dapat membina jati diri seorang guru untuk menjadi seorang yang berfalsafah melalui "Pendidikan berterusan ke arah perkembangan diri individu dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal yang membawa kepada individu yang beriman, berilmu, berakhlak dan bertakwa dan beramal soleh untuk membina masyarakat harmoni, hormat menghormati dan bantu membantu antara satu sama lain."

                                                                              (Persidangan negara-negara Islam di Makkah, 1974)

    Dengan pendidikan ini ia dapat mendidik kita sebagai seorang guru untuk berteraskan Al-Quran dan As- Sunnah. Dapat dilihat asas kepada pembentukan Falsafah Pendidikan Islam ini meliputi kepada 3 bahagian iaitu Masalah Keimanan(Aqidah), masalah kefahaman(Syariah) dan masalah ihsan(Akhlak) ia dapat disimpulkan seorang guru hendaklah memasukkan unsur-unsur islamic didalam pembelajaran untuk panduan pelajar serta menjadi reminder kepada setiap pelajar bahawa belajar juga merupakan satu kewajipan.


 


kriteria seorang guru mengikut Falsafah seorang Guru 

    Saya ingin menjadi guru juga kerana ingin mengenal diri saya melalui 7 aspek di atas apakah saya ada kesemua kriteria tersebut atau hanya ada 2-3 kriteria sahaja. Sebaiknya guru hendaklah mempunyai kesemua aspek di atas supaya lebih mudah untuk memahami dan menyampaikan ilmu kepada pelajar. Jikalau pelajar seorang yang berilmu guru hendaklah lebih berilmu daripada pelajar agar seimbang dan pembelajaran dapat disampaikan.

    Bagaimana pula, Dengan Falsafah Pendidikan Barat mengapa dengan Pendidikan ini ia menjadikan saya lebih teruja atau bersemangat ingin menjadi seorang guru. Melalui pembelajaran ini kita dapat mengetahui atau mengesan kita seorang yang bagaimana guru yang bagaimana iaitu idealism seorang guru memberi inspirasi, suka bercerita, kreatif. Pragmatism seorang yang mesti ditunjukkan baru dia akan faham, Exitenlialism iaitu seorang yang suka menonjol, suka menjadi diri sendiri dan Realisme ia hidup berdasarkan realiti. So, dari semua tuu saya rasa saya seorang yang idealism kerana saya suka bercerita, suka memberi pendapat dan cepat terbawa perasaan kalau nonton atai baca novel yang sedih fuhh emosi terus tidak stabil ia akan menjadikan saya seorang guru yang suka bercerita pengalaman seperti sekarang saya cerita ke pembaca tentang diri saya, topik-topik yang saya pelajari. 


Apapun yang dilakukan oleh seseorang itu, hendaknya dapat bermanfaat bagi dirinya sendiri, bermanfaat bagi bangsanya, dan bermanfaat bagi manusia di dunia pada umumnya". - Ki Hadjar Dewantara

Comments