TOPIK 2 - WHO IS THE BEST TEACHER THAT I EVER KNOWN? WHY?

                                           

           

                                              

Guru Inspirasi Ku Puan Mariani Kisman


"Guru terbaik adalah kehadirannya dirindukan, kata-katanya menginspirasi, sikapnya diteladani dan nasihatnya menyejukkan hati." -www.motivasipendidikan.com 


Dengan kata yang tak mampu diucapkan kerinduan semasa zaman Diploma yang dibimbing oleh Puan Mariani Kisman merupakan pengalaman dan pembelajaran yang amat berbekas di hati dan fikiran. Seperti kata-kata di atas setiap kata beliau amat menginspirasi berdasarkan pengalaman yang beliau dapat. Jika dikaitkan beliau seorang yang idealisme kerana sering berkongsi pengalaman dan pengetahuan beliau yang amat luas bagi saya. Beliau juga seorang yang kreatif dalam menghasilkan pelbagai menu daripada bahan-bahan yang berbeza. Puan mariani kisman merupakan pensyarah saya dan Ketua Jabatan bagi Program Hospitaliti yang jelas menunjukkan beliau seorang yang sibuk namun masih meluangkan masa untuk perkongsian kerana beliau juga sering melancong ke beberapa negara dan membawa maklumat daripada negara tersebut untuk dikongsikan kepada pelajarnya.


Hal ini dapat dikaitkan dengan perspektif dalam falsafah iaitu 4 jenis daripada falsafah barat iaitu Esensialisme ia menjadi amalan dan budaya di AS dan juga seluruh dunia. Ia mengkaji semula perkara- perkara yang perlu dimasukkan ke dalam  Kurikulum Sekolah. Dalam falsafah ini menekankan terhadap pengetahuan semasa dan pengetahuan masa lampau. Selain itu, Pendekatan tradisional terhadap pendidikan 3M (membaca, menulis dan mengira). Insiatif ini terletak pada bahu guru. Seterusnya, Perenialisme iaitu konservatif dan tradisonal dengan menekakan manusia sebagai makhluk rasional. Ia tertumpu kepada mata pelajaran matematik, bahasa, logik dan buku ternama. Kemudian, Progresivisme iaitu unit masyarakat bersifat demokratik dengan penekanan terhadap pendidikan sebagai proses yang mencorak manusia mengikut persekitaran yang ada dan menggunakan buku sebagai alat dalam proses pembelajaran sahaja. Akhir sekali, Rekonstruksionisme iaitu mengikut fahaman masyarakat adalag sebagai matlamatnya. Prinsipnya adalah sekolah sebagai peemulaan kepada pembaharuan dalam sistem sosial.


Melalui falsafah barat tersebut dapat di simpulkan bahawa guru idola atau terbaik saya menggunakan pendekatan progresivisme kerana cara pembelajaran beliau yang lebih kepada berkongsi atau bercerita mengenai pengalam atau pengetahuan yang mengikut kepada persekitaran. Hanya menggunakan buku untuk beberapa pembelajaran sahaja. Seterusnya, melalui falsafah islam beliau menekankan perkembagan diri individu pelajar dari segi rohani, intelek, emosi dan fizikal terhadap setiap proses pembelajaran. 


Berdasarkan 3T iaitu tarbiah, ta'dib dan ta'lim dalam falsafah islam beliau lebih kepada Ta'dib iaitu mendidik/membentuk adab dan akhlak kerana beliau begitu tekun dalam memberikan ilmu dan menekankan pentingnya menjaga adab sekaligus akan membentuk akhlak kesan daripada kata-kata dan nasihat daripada beliau yang sering dilontarkan di dalam bilik darjah, bengkel ataupun perhimpunan rasmi.



Classmate for 4 years in Diploma culinary Arts





Puan Mariani Kisman dapat disebut sebagai guruku idolaku kerana beliau juga mempunyai perniagaan disebalik tugas beliau sebagai warga pendidik yang menjadi inspirasi saya untuk menjadi seperti beliau. Tidak cukup dengan itu kejayaan beliau juga dapat dilihat dengan kejayaan anak-anak beliau yang bergelar Dr dan sangat santun serta sangat menghormati ibubapa nya yang dapat saya lihat dari mata kasar. Secara keseluruhannya, beliau adalah guru yang paling terbaik menurut pandangan saya kerana jikalau berada di kolej beliau seperti ibu sebagai penggerak kepada aktiviti kami. Disamping itu, beliau juga banyak memberi tunjuk ajar kepada Projek Akhir Tahun. Terima kasih atas semua tunjuk ajar, pengalaman dan pengetahuan yang dikongsi kepada saya. Seperti kata-kata di bawah beliau sangat berpengaruh terhadap proses kehidupan yang menjadikan diri saya ke sisi yang lebih baik. Wassalam.


“Guru yang baik tahu bagaimana membawa yang terbaik dalam diri siswa.” - Charles Kuralt



Comments